Wednesday, October 6, 2010

Protokol Kyoto

Protokol bermakna surat rasmi tentang persetujuan kepada satu perundingan.Protokol Kyoto adalah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim, atau The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, pada tahun 1992.Ia dinamakan demikian kerana protokol ini telah dibentangkan di kyoto, Jepun, pada Disember 1997. Ia dibuka untuk penandatanganan pada 16 Mac 1998, dan ditutup pada15 Mac 1999.Persetujuan ini mula berkuatkuasa pada 16 Februari 2005, setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia, pada 18 November 2004.Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini menyatakan komitmen utuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca yang lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas, jika mereka menjaga jumlah, atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global.Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990 (tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas rumah kaca jika tidak wujud protokol ini, pada tahun 2010, ialah kira-kira 29%).Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, klorofluorokarbon (CFC), dan perfluorokarbon (PFC).Manakala tahappengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula adalah 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia, dan 10% untuk Britian.Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 celcius dan 0.28 celcius setahun sehingga tahun 2050.                                                          
                                                                                                    
                                                                                                          (Nature, Oktober 2003)

No comments:

Post a Comment