TAHUN PALING PANAS
Pengumpulan data oleh saintis mendapati, tahun 2005 direkodkan sebagai tahun paling panas di bumi sejak penghujung abad ke-19, manakala tahun 1998 adalah tahun kedua paling panas.Kajian terbitan jurnal 'Nature' pada tahun 2004 meramalkan bahawa perubahan iklim dunia akan menyebabkan lebih satu juta spesies tumbuhan akan pupus menjelang tahun 2050.Bukan tumbuhan sahaja yang akan mati, manusia juga akan mati akibat gelombang panas serius hasil daripada pemanasan global, yang ditakuti bakal membunuh beribu-ribu penduduk Britian dalam masa lima tahun akan datang.Akhbar tempatan di Britian, The Sun, melaporkan tidak lama dahulu pakar kerajaan memberi amaran bahawa perubahan iklim dijangka melanda Britian dan memberi kesan dramatik.Laporan Agensi Perlindungan Kesihatan menyatakan, penyakit seperti malaria akan meragut nyawa penduduk berikutan suhu yang terlalu panas.Ia memberi amaran bahawa pada tahun 2012, satu dalam 40 bahagian di tenggara Britian akan mengalami gelombang panas serius yang dapat menyebabkan 3000 kematian segera.Laporan itu juga menyatakan, kemungkinan berlaku lebih banyak kematian kerana penyakit bawaan nyamuk di kawasan lembab juga menyebabkan wabak malaria.Kadar kanser kulit pula semakin meningkat akibat pendedahan kepada matahari.Bilangan penduduk yang berisiko tinggi untuk mengalami banjir juga mungkin akan bertambah lebih dua kali ganda kepada 3.5 juta pada tahun 2100.
No comments:
Post a Comment