Protokol bermakna surat rasmi tentang persetujuan kepada satu perundingan.Protokol Kyoto adalah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim, atau The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC), yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, pada tahun 1992.Ia dinamakan demikian kerana protokol ini telah dibentangkan di kyoto, Jepun, pada Disember 1997. Ia dibuka untuk penandatanganan pada 16 Mac 1998, dan ditutup pada15 Mac 1999.Persetujuan ini mula berkuatkuasa pada 16 Februari 2005, setelah pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia, pada 18 November 2004.Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini menyatakan komitmen utuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca yang lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas, jika mereka menjaga jumlah, atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi punca gejala pemanasan global.Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990 (tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas rumah kaca jika tidak wujud protokol ini, pada tahun 2010, ialah kira-kira 29%).Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus oksida, sulfur heksafluorida, klorofluorokarbon (CFC), dan perfluorokarbon (PFC).Manakala tahappengurangan pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula adalah 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat, 6% untuk Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia, dan 10% untuk Britian.Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 celcius dan 0.28 celcius setahun sehingga tahun 2050.
(Nature, Oktober 2003)
Wednesday, October 6, 2010
Langkah-langkah untuk menggelakan pemanasan Global.
1. Jimatkan minyak.Banyakkan berjalan.Jangan memandu untuk ke kedai hanya semata-mata untuk membeli satu barang.Tunggang basikal.Jika dapat, gunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja.
2. Jangan gunakan beg plastik.Bawa bekas dari rumah untuk membeli makanan dan bawa beg sendiri apabila ingin membeli barang di kedai.Plastik dan polistrin mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk lupus.
3. Jangan membazir air.Tutup air ketika memberus gigi dan menyabun badan.Jangan cuci kereta dengan memancutkan air dari punca air.Sebaliknya, isi baldi dengan air dan gunakan gayung untuk menyiram kereta.
4. Tadah air hujan untuk mencuci lantai di luar rumah dan menyiram pokok bungga.
5. Kurangkan penggunaan elektrik. Gunakan mentol jimat tenaga dan lampu pendarfluor. Jangan hidupkan terlalu banyak lampu. Jangan terlalu kerap menggunakan penyaman udara. Ganti peti sejuk lama kepada yang baru yang lebih jimat elektrik. Gosok baju dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Jangan hidupkan seterika hanya untuk menggosok sehelai baju.
6. Jangan bakar sampah secara terbuka.
7. Jangan gunakan racun serangga.
2. Jangan gunakan beg plastik.Bawa bekas dari rumah untuk membeli makanan dan bawa beg sendiri apabila ingin membeli barang di kedai.Plastik dan polistrin mengambil masa sehingga 1000 tahun untuk lupus.
3. Jangan membazir air.Tutup air ketika memberus gigi dan menyabun badan.Jangan cuci kereta dengan memancutkan air dari punca air.Sebaliknya, isi baldi dengan air dan gunakan gayung untuk menyiram kereta.
4. Tadah air hujan untuk mencuci lantai di luar rumah dan menyiram pokok bungga.
5. Kurangkan penggunaan elektrik. Gunakan mentol jimat tenaga dan lampu pendarfluor. Jangan hidupkan terlalu banyak lampu. Jangan terlalu kerap menggunakan penyaman udara. Ganti peti sejuk lama kepada yang baru yang lebih jimat elektrik. Gosok baju dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Jangan hidupkan seterika hanya untuk menggosok sehelai baju.
6. Jangan bakar sampah secara terbuka.
7. Jangan gunakan racun serangga.
Awan Jingga Tanda Bahaya
Gumpulan awan dengan gelungan cahaya berwarna jingga adalah tanda bahaya. Ia adalah kesan daripada tahap pencemaran yang tinggi.Awan jingga adalah satu lagi petanda pemanasan global yang kini mengancam dunia.Menurut pakar, awan jingga adalah satu fenomena yang menunjukan kehadiran terlalu banyak debu dan pencemaran bahan toksik serta racun dilepaskan ke udara sehingga ia terkumpul di awangan.Fenomena ini digelar `halo`.
Tuesday, October 5, 2010
Keterangan
TAHUN PALING PANAS
Pengumpulan data oleh saintis mendapati, tahun 2005 direkodkan sebagai tahun paling panas di bumi sejak penghujung abad ke-19, manakala tahun 1998 adalah tahun kedua paling panas.Kajian terbitan jurnal 'Nature' pada tahun 2004 meramalkan bahawa perubahan iklim dunia akan menyebabkan lebih satu juta spesies tumbuhan akan pupus menjelang tahun 2050.Bukan tumbuhan sahaja yang akan mati, manusia juga akan mati akibat gelombang panas serius hasil daripada pemanasan global, yang ditakuti bakal membunuh beribu-ribu penduduk Britian dalam masa lima tahun akan datang.Akhbar tempatan di Britian, The Sun, melaporkan tidak lama dahulu pakar kerajaan memberi amaran bahawa perubahan iklim dijangka melanda Britian dan memberi kesan dramatik.Laporan Agensi Perlindungan Kesihatan menyatakan, penyakit seperti malaria akan meragut nyawa penduduk berikutan suhu yang terlalu panas.Ia memberi amaran bahawa pada tahun 2012, satu dalam 40 bahagian di tenggara Britian akan mengalami gelombang panas serius yang dapat menyebabkan 3000 kematian segera.Laporan itu juga menyatakan, kemungkinan berlaku lebih banyak kematian kerana penyakit bawaan nyamuk di kawasan lembab juga menyebabkan wabak malaria.Kadar kanser kulit pula semakin meningkat akibat pendedahan kepada matahari.Bilangan penduduk yang berisiko tinggi untuk mengalami banjir juga mungkin akan bertambah lebih dua kali ganda kepada 3.5 juta pada tahun 2100.
Subscribe to:
Posts (Atom)